merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu
yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan.
Majalah Ana Muslim mengkhusus dalam pembentukan akhlak dikalangan
remaja muslim. Majalah Ana Muslim diterbitkan oleh Blue-T Publication
Sdn. Bhd. dan diterbitkan sebulan sekali khusus untuk pelajar berusia 14
tahun ke bawah dengan edaran sebanyak 40,000 naskah sebulan. Melalui
perancangan dan sasaran pasaran, Blue-T Publication Sdn. Bhd. yakin akan
dapat meningkatkan pengedaran sebanyak 50,000 naskah menjelang tahun
2008 untuk pasaran terbuka. Majalah ini diedarkan di seluruh Malaysia
dan juga ke sekolah-sekolah.
Majalah Ana Muslim juga menerapkan unsur kemasyarakatan dan
nilai-nilai murni yang ditonjolkan melalui siri dramanya iaitu Siri Ana
Solehah, Siri Rajawali F.C dan Siri Satria Bulan Bintang serta topik
yang menarik seperti ruangan Adab & Doa, Kisah dari Al-Quran,
Tokoh Islam, Inggeris, Sains, Bahasa
Arab dan banyak lagi. Majalah yang berslogan membentuk peribadi
mulia ini juga mengandungi bahan sokongan program j-QAF dalam
konsep kartun yang ceria dan ini mampu menarik minat kanak-kanak.
Konsep Majalah
Ana Muslim mula diterbitkan pada Mei 1998. Logo Ana Muslim telah di
ubah dan menerima konsep baru pada bulan Mac 2007 untuk edisi yang baru
majalah Ana Muslim. Penggunaan logo baru adalah untuk menyuntik
pembaharuan dari semasa ke semasa bagi memenuhi selera pembaca dan
menghadapi cabaran era baru. Terdapat perubahan yang menyeluruh terhadap
logo Ana Muslim. Perkataan “Ana” menggunakan huruf kecil tetapi
dibesarkan saiznya. Ini sebagai penegasan yang menggambarkan Ana (saya)
hebat. Melalui saiz yang besar ini dapat menunjukkan keyakinan diri.
Perkataan Ana Muslim itu juga adalah satu doa. Di belakang tulisan Ana
Muslim terdapat “kotak dialog” yang berwarna. “Kotak dialog” ini
menggambarkan bahawa majalah Ana Muslim adalah untuk pembaca
kanak-kanak. Elemen kanak-kanak dapat dilihat melalui “kotak dialog” dan
juga font Ana Muslim yang menggunakan huruf kecil.
Majalah Ana Muslim merupakan majalah yang berkonsepkan Komik
Pendidikan. Melalui lukisan kartun, penyampaian ilmu dan pendidikan
dapat disampaikan dalam bentuk yang lebih santai di mana ia lebih mudah
diterima oleh kanak-kanak.
Majalah ini juga menyokong dan menjadi bahan sokongan program j-QAF
(Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab & Fardu Ain) oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia sejajar dengan pendekatan konsep Islam Hadhari yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Selain daripada kandungan bahan j-QAF,
kandungan lain yang sama penting yang diterapkan di dalam Majalah Ana
Muslim ini ialah seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan juga Sains.
Majalah Ana Muslim juga memuatkan latihan, kuiz dan permainan yang
menguji kekuatan minda kanak-kanak seterusnya merangsang penjanaan minda
mereka ini. Tidak ketinggalan juga, pertandingan da
Tidak ada komentar:
Posting Komentar